Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul

Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul

Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul | Masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, malah individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.

Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki.

Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul

Tips Mengurangkan Masalah Vena Varikos (Urat Bersimpul)


1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.

2. Membuat senaman, terutamanya berjalan kaki.

3. Mengurangkan berat badan bagi mereka dengan berat badan berlebihan.

4. Elakkan berdiri atau duduk yang terlalu lama.

5. Apabila berehat, pesakit digalakkan meninggikan aras kaki lebih tinggi dari aras jantung untuk melancarkan aliran darah kembali ke jantung.

Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul

Cadangan Vitamin Shaklee yang Membantu Masalah Vena Varikos atau Urat Timbul


1. B-complex
B-complex dapat membantu masalah vena varikos. Vitamin B di perkaya dengan vitamin B9 atau asid folik, Vitamin B12 atau cobalamin dan vitamin B6 atau Pyrodixine dimana sangat perlu buat mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah urat atau saraf. Vitamin B3 juga penting untuk membaiki peraliran darah dalam vena dan arteri.

2. Vitamin C
Vitamin C ialah vitamin larut air, dan kita perlukan vitamin C untuk membantu pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan juga elastin yang mana membantu kulit untuk meregang. Pengambilan vitamin yang kurang boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis, iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya strok dan sakit jantung.

3. Vitamin E
Vitamin E sangat penting bagi membantu untuk mengelakkan berlakunya urat simpul dengan mengalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri. Vitamin E juga membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan