Pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah suatu aspek kesihatan yang amat penting kerana ia memainkan peranan untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormone, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid ) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.
Ketika dalam pantang mereka memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2,000 hingga 2,500 kalori dalam sehari.
Malangnya kebanyakan wanita yang sedang berada tempoh pantang tidak mendapat cukup nutrisi dari pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi, dan mengalami masalah ‘tidak berselera’ kerana tubuh mereka masih lemah.
Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada mereka dan anak yang telah dilahirkan.
Sebagai contoh tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami “ post-natal depression ” (meroyan).
Begitu juga dengan keperluan zat besi dan Vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru.
Kalsium dan magnesium juga banyak digunakan ketika proses kelahiran kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahem bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah sangat berkurangan terutama jika proses melahirkan anak memakan masa yang panjang.
Apabila kedua-dua elemen ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahem mengecut lagi dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.
Oleh itu ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.
Selalunya doktor akan menasihatkan ibu-ibu ini mengamalkan pemakanan sihat seperti menggalakkan pengambilan protein seperti daging, susu, ikan, kekacang, sayur-sayuran, cereal dan keju. Makanan-makanan ini bukan saja memberikan sumber protein tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang banyak.
Bagi ibu-ibu yang mengalami rasa loya dan tidak berselera untuk makan, dan merasa bahawa pemakanan mereka tidak cukup nutrisi, saya mencadangkan mengambil beberapa suplemen bagi memastikan nutrisi-nutrisi seperti ini dapat dibekalkan. Dalam Set Bersalin Shaklee anda boleh mendapatkan supplement yang memenuhi tujuan ini.
Kebaikan Set Bersalin Shaklee dari segi nutrisi untuk pemulihan ibu berpantang
1. Zat Besi (Iron)
Zat besi atau Iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang.
Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang disrang jangkitan kuman.
Saya mencadangkan Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON yang mengandungi zat besi 18mg bersama 23 vitamins dan mineral yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.
2. Vitamin B Kompleks.
Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab itu dinamakan vitamin B kompleks) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.
Vitamin B , terutamanya folic acid, B6, and B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.
Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.
Vitamin B complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. Malangnya kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempuh berpantang.
Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON mengandungi kesemua vitamin B kompleks yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.
3. Vitamin C .
Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik, strawberi.
Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat.
Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan ( post partum depression ). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.
Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.
Seperti vitamin B complex, vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. Wanita yang dalam pantang memerlukan Vitamin C 120mg sehari.
Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON juga mengandungi Vitamin C sebanyak 120mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.
4. Zat Zink
Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolism terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.
Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria.
Mereka memerlukan zink untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibody dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang jangkitan penyakit.
Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
Wanita yang sedang dalam pantang memerlukan Zink antara 15-20mg.
Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON yang mengandungi zink 15mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.
5. Kalsium
Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.
Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.
Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.
Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahem untuk kembali ke saiz asal.
Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg dalam sehari.
Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON mengandungi 450mg kalsium dan Shaklee ESP mengandungi 500 mg kalsium. Pengambilan kedua-dua produk ini akan melengkapkan bekalan kalsium yang diperlukan.
5. PROTEIN
Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein, selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.
Kacang Soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan oleh tubuh.
Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.
Protein akan merangsangkan pertumbuhan fizikal dan mental, dan secara langsung menyebabkan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik.
Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 70g protein sehari.
Produk Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi protein yang rendah lemak dari sumber bukan GMO (genetically modified organism) dan mengandungi kesemua amino acids. Ia tidak mengandungi kolestrol dan sesuai untuk wanita yang berada dalam pantang.
Ia membekalkan sebanyak 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ( 3 sudu teh).
Sumber : blog Dr Zubairi
Mencari set bersalin Shaklee untuk ibu berpantang?
Anda boleh dapatkan set bersalin Shaklee yang lengkap dengan set YES pack Postnatal Shaklee.
YES HEALTY PRENATAL & POSTNATAL (SET KEHAMILAN & BERPANTANG)
Vita-Lea® Iron Formula
❁ Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
❁ Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
Sustained Release Vita-C
❁ Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
❁ Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.
B-Complex
❁ Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
❁ B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu adalah lebih baik.
Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
❁ Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
❁ Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
❁ Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
❁ ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.
❁ Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
Ostematrix (Calcium & Magnesium)
❁ Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
❁ Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
❁ Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
❁ Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
❁ Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
OmegaGuard (EPA & DHA)
❁ DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
❁ DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
❁ Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
❁ Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Alfalfa Complex
❁ Alfalfa pula bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
❁ Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.
❁Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.
Nak menikmati discount 20-30% harga produk?
Semestinya boleh. Dengan register ahli Shaklee. Hanya RM 79.00 pendaftaran sekali untuk seumur hidup.
BERITA GEMBIRA !!
Jika anda mendaftar ahli Shaklee bulan ini dan membeli minimum 1 jenis produk, anda akan mendapat multivitamin Vita-Lea yang sudah berusia 100 tahun daripada Shaklee secara PERCUMA !!
(Harga Pasaran Vitalea RM 95)
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Produk Shaklee?
Saya perunding bertauliah anda
Umi Nazrah
Pengedar Sah Shaklee
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : kulit_cantik_sihat_shaklee
PM kami di
www.facebook.com/messages/cantiksss
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan