ESP bukan soya GMO!


Apabila ada offer ESP Shaklee, pasti akan timbul isu GMO. Apakah itu GMO?

Organisma ubahsuaian genetik atau popular dengan panggilan genetically modified organism (GMO) selalunya merujuk kepada tanaman atau organisma lain yang mempunyai kandungan genetik yang telah diubahsuai. Kejadiannya melibatkan penggunaan gen asing yang diperoleh daripada organisma lain dan diberikan kepada sel benih yang hendak dijadikan GMO.

Teknologi kejuruteraan genetik membolehkan percantuman di antara kod genetik yang berlainan berlaku. Oleh itu pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO.

Kebanyakan penyelidikan GMO bertujuan untuk menghasilkan spesies tanaman yang superior yang mempunyai daya tahan kepada serangan makhluk perosak, berupaya menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi. Ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak dalam kitaran pertumbuhan yang singkat.

Hasil tanaman boleh disimpan untuk suatu jangka masa yang lama dan spesies tanaman yang boleh ditumbuhkan pada persekitaran yang ekstrem seperti di tanah gersang atau padang pasir. Spesies tanaman makanan seperti jagung, kacang soya, padi dan tomato merupakan sasaran utama dijadikan GMO. - utusan.com.my

Huh! Soya? Dah tu ESP tu produk GMO ke?



Tidak. ESP Shaklee adalah soya Bukan GMO.


ESP Shaklee adalah supplement protein berasaskan soya keluaran Shaklee. Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah soya Non GMO. Dalam proses penghasilan ESP, soya yang digunakan dicuci menggunakan air bagi mengekalkan kandungan di dalam soya. Sesetengah pengeluar produk soya menggunakan alkohol dalam pemprosesan soya. Pemprosesan menggunakan alkohol boleh menghilangkan isoflavones yang terdapat di dalam soya.

Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air. Tahukah anda kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses.Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Jadi kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes . Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya.

ESP shaklee diperbuat dari soya non-GMO,dicuci dengan air, mengandungi lima vitamin B yang penting, rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Anda tak nak produk Shaklee? Jadi untuk mencuba produk soya, pastikan produk tersebut menepati Checklist yang berikut.

Adakah produk soya anda -
  1. Ditanam secara organik?
  2. Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  3. Mengandungi 9 asid amino penting?
  4. Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  5. Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  6. Diproses tanpa haba?
  7. Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?
  1. KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
  2. KACANG SOYA GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!
  3. 9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
  4. KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  5. BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
  6. KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!
  7. KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Alhamdulillah pilihan produk saya menepati kesemua Checklist di atas. Sepertimana para pengguna yang lain juga, mereka turut berpuas hati dengan ESP.

Berpuasa di Hospital.
================
8 Julai 2014. Bulan Ramadhan.

Anak pertama saya dimasukkan ke Hospital kerana keracunan makanan. Saya terpaksa tinggalkan 3 lagi anak lelaki termasuk seorang anak umur 10 bulan yang masih menyusu dgn mak mertua (rumah berdekatan hospital).

Sambil menjaga si abang yg muntah-muntah, saya perlu berulang-alik ke rumah mak mertua kerana menyusukan si kecil.

Memang penat dan memerlukan tenaga extra lagi-lagi berpuasa dan menyusu. Exhausted tahap tinggi, longlai setiap kali balik ke rumah.

Alhamdulillah, bersahur dengan ESP dan PD sangat membantu kekalkan tenaga dan susu saya di ketika genting ini.

Shaklee mengubah hidup saya

Setiap kali bila dengar promo ESP, hati pasti sebak. Sepertimana saya cakap, ESP mengubah hidup saya.

Satunya... Sebab ESP lah saya naik SUPERVISOR. Allah murahkan rezeki saya sebab saya SEDEKAH kan 1 tong ESP kepada warga emas di pusat asuhan di Puchong. Waktu itu saya menemani ibu mertua saya melawat rumah orang tua. Allah. Betapa sebak bila anak perlakukan ibu bapa seperti itu. Sehinggakan ada yang langsung tak jenguk ibu nya lepas meninggalkan di rumah asuhan. Ibu nya takmau makan. Tak mau minum sehingga terpaksa masuk makanan melalui wayar. Langsung tak terdaya. Seperti yang saya paham, ESP memang membekalkan simber protein yang bagus. Kebetulan pada tika itu, saya ada 1jar ESP di dalam kereta. Sungguh saya mengharapkan duit jualan ESP itu untuk belanja harian saya. Tapi bila memandang wanita tua itu, hati saya kalah. Lalu saya sumbangkan ESP tersebut.

3hari kemudian, saya emailkan kepada asuhan untuk bertanyakan khabar. Betapa gembira hati saya bila ketua asuhan kata wanita tua itu sudah boleh menggerakkan tangan. Subhanallah! Ketua asuhan oder 4tong ESP pada awalnya. Dan saya maklumkan kepada ketua asuhan pada bulan tersebut ada promosi ESP. Lalu dia borong ESP 14tong ESP. Allahuakbar.

Kisah kedua saya dengan ESP bila saya preggy. Yang membuatkan saya terus consume ESP sehingga hari ini. Dipertengahan bulan yang sama dengan kisah di atas, saya start alahan teruk. Sehinggakan pedih anak tekak. Suami menangis di sisi sebab dah pelbagai cara dia cuba ikhtiar untuk melegakan muntah. Bayanglah dari jam 11mlm sampai lah 3pagi muntah tanpa henti. Terasa terbakar dalam badan. Sampai dah tak mampu nak keluarkan apa yang ada dalam badan kecuali air. Lalu saya minta suami bancuh ESP dicampur madu. Saya minum & selawat. Alhamdulillah. Saya boleh tidur dengan lena di sisi suami.

Dan yang paling best, sepanjang preggy kulit langsung tak kusam malah lebih flawless. Sampai staff lain pon turut tegur dan mencubanya.

Bulan Mac 2014, pengalaman yang paling segar dalam ingatan sehingga hari ini.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.



Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. Selain dari minum esp, saya suke wat jadi masker..hehe

    BalasPadam
  2. blom cuba lagi... setakat ni cuma amalkan cara hidup sihat dengan senaman dan tidak minum ais, alhamdulillah.

    BalasPadam