Pengedar Sah Shaklee Daerah Sik - Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard)

pengedar shaklee daerah sik

Assalamualaikum semua! Kalau dulu bila disebut perkataan "Sik" mesti ada yang melopong mulut bertanya kat mana la tempat tu. Tak pernah dengar pun. Ntah ceruk hulu mana. Hehehehe. Tapi sekarang daerah Sik sudah terkenal. Terima kasih diucapkan kepada Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) yang telah membuatkan daerah Sik menjadi terkenal ke serata Tanah Malaya! Hehehe

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) Pengedar Shaklee Sik

Apa yang ada di Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) ni? Sebelum tu kita ketahui dulu sejarah penubuhan Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard)

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok. sumber webjabatan.kedah.gov.my

Objektif utama mengusahakan Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.

Dengan adanya Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

Di Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard), untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan.

Gerai jualan hasil dibuka dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang

atau hubungi

BERIS LAKE VINEYARD
(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)
Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,
Email : Excel agro @ yahoo.com.

Di Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) ni, anda boleh mengambil gambar dan mengabadikan kenangan dengan anggur buatan Malaysia. Selain tu, boleh juga masuk ke dalam tapak penanaman anggur yang ada di Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) tu. Anda juga boleh menikmati air anggur buatan Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) serta produk keluaran anggur.

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) Pengedar Shaklee Sik

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) Pengedar Shaklee Sik

Dulu kalau nak masuk ke kawasan Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) ni percuma. Hanya tapak buah anggur sahaja yang dikenakan bayaran. Tapi sekarang semua kawasan sudah dikenakan bayaran. Malah tempat di tepi tasik yang sangat ohsem pemandangannya pilihan para pengantin ambil gambar outdoor pun dah dikenakan bayaran. Apapun bayarannya sangat berbaloi, sangat murah je. Hanya RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.50 untuk kanak-kanak

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) Pengedar Shaklee Sik


Pada yang teringin nak ke Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard), boleh lihat peta dibawah.



Peta ke Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard)

Pada yang merancang untuk ber-Cuti Cuti Malaysia di kedah, anda boleh masukkan Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Vineyard) ke dalam senarai tempat lawatan anda. Hehehe

Dan jika anda mencari Pengedar Sah dan Bertauliah bagi produk Shaklee, anda boleh menghubungi

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. wowwww... kat sini ada ladang anggur... nak pegi nak pegi... terima kasih sis... memang tak tahu pun ada ladang anggur kat Malaysia nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes ada! hehehe. silakan. kalau nak bermalam di Tasik Beris, ada chalet yg boleh disewa. malah ada perkhidmatan bot ke tengah tasik ^_^

      Padam
  2. ..saya dah melawat ladang ni sekali.. beberapa tahun dahulu..
    memang menarik..

    BalasPadam