7 Makanan dan Minuman yang Lelaki Harus Elak


Bukan sahaja wanita, malahan lelaki abad ini juga gemar berdiet kerana takut gemuk atau boroi. Justeru, untuk tampil sihat anda perlu mengelakkan pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menjejaskan diet anda seterusnya mengurangkan risiko penyakit. Mari kita lihat 7 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan oleh lelaki:

1) Minuman bergas/ berkarbonat
Minuman bergas sejuk, segar dan manis boleh menyebabkan ketagihan kepada seseorang. Minuman bergas mengandungi kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ia mencetuskan kebergantungan dan ketagihan. Minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Oleh itu, ia perlu dibuang daripada diet harian anda. Gantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan segar atau air mineral.

2) Pengambilan kafein/ kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi di kedai hari ini menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu, pengambilan kopi 3-in-1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi. Oleh itu, jika anda terasa untuk minum kopi, bancuhlah kopi anda sendiri dengan mengurangkan krimer, susu dan gula dalam kopi anda (manis-manis buah pun sudah memadai!).

3) Produk berasakan tepung
Anda patut mengelakkan daripada mengambil roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). 'Tepung yang diperkaya' menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses 'bleached' dan kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaliknya, gunakanlah roti penuh gandum untuk kesihatan anda.

4) Roti dan kek
Roti keju dan muffin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis 'tanpa lemak tepu' pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.

5) Makanan/ minuman segera
Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman segera di pasaran. Makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita kerana faktor kepadatan jadual harian. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta "zero nutrient". Pengambilan secara berterusan akan memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang kerana kalori yang sangat tinggi.

6) Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.

7) Makanan bergoreng
Setiap makanan digoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak, atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan bergoreng, anda boleh menggoreng makanan anda sendiri dengan menggunakan minyak yang sihat seperti minyak olive. Selain itu, anda boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.

Dengan Shaklee, rangkaian produk hebat untuk lelaki adalah untuk memastikan kesihatan dalaman dan luaran lelaki. Bukan sekadar kacak pada wajah tapi rupa-rupanya lemah serba serbi dan kesihatan tak terjaga.


  1. Vivix
  2. Advanced Joint Health Tablet
  3. Herb-lax
  4. DTX Complex
  5. Vita-C Plus
  6. Caratomax
  7. B-Complex
  8. Omega Guard
  9. CoQ Health Plus
  10. Zinc Complex
  11. Vita-E Complex
  12. Ostematrix
  13. ESP
pic : Maleq Boontarts

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan