Perut Rumah Segala Penyakit


Walaupun sesuatu penyakit kadangkala disebabkan faktor keturunan atau keadaan setempat tetapi kebanyakan penyakit berlaku kerana tabiat dan aktiviti pemakanan yang tidak dikawal. Sebab itu Rasulullah s.a.w telah bersabda:

**********************************
"Perut itu adalah rumah penyakit"
**********************************
Maksud perut dalam hadis diatas bukanlah saiznya tetapi apa yang diisi kedalam perut berupa makanan dan minuman. Nabi menyatakan lagi:

*********************************************************
" Perut itu semacam telaga bagi badan, urat dan pembuluh darah. Apabila perut itu sakit maka pembuluh darah itu akan membawa penyakit"
********************************************************

Allah s.w.t telah menegaskan dalam Al-Quran agar seseorang mukmin hendaklah memakan makanan yang halal, bersih dan suci tetapi tidak melakukan secara berlebih-lebihan kerana makan yang diambil secara berlebih-lebihan akan mengundang penyakit walaupun bukan pada waktu itu tetapi dalam jangka masa yang panjang.

*********************************************************
" Dan makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. SesungguhNya ( Allah ) tidak sukakan mereka yang berlebih-lebihan"
*********************************************************

Sebab itu, pakar kesihatan telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai "Piramid Makanan" setelah mengambil kira keperluan dan kesan kepada manusia. Apa yang berlaku kepada kita hari ini apabila kita berada dalam keadaan mewah dan mudah mendapatkan makanan yang pelbagai tidak termasuk makanan yang popular iaitu "Fastfood" dan penyemburan racun pada sayuran dan buah-buahan serta berbagai-bagai kesan bahan pengawet, pembungkusan yang membawa kepada penyakit kanser dan lain-lain lagi.

Nabi s.a.w banyak memberi tips kepada kita yang apabila kita ikuti adalah jaminan kepada kesihatan yang baik. Di bawah ini diperturunkan beberapa hadis nabi untuk diamalkan.

**********************************************************
" Makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang"
**********************************************************

Tidaklah Anak adam itu memenuhi bekas yang paling hina dari perutnya. Memadai Anak adam itu makan beberapa suap yang membolehkan berdiri tulang belakang( bekerja kuat ). Sekiranya ia tidak mampu melakukan ( makan yang sedikit itu) maka hendaklah ia membahagikan perutnya sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk pernafasan"

Oleh yang demikian puasa adalah sebagai satu latihan untuk menggawal makan minum seseorang dan sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa menjaga makanan dan minuman untuk menjamin kesihatan yang baik. Walaupun Nabi ada mengatakan:

" Setiap penyakit itu ada ubatnya "

Tetapi nabi juga berpesan:

" Memelihara dari terkena penyakit itu lebih baik dari mengubat penyakit tersebut "

Perut sihat dengan rangkaian produk Shaklee sudah terbukti kesannya.



Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda.

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

4 ulasan:

  1. saya ni dari dulu ada masalah perut. gastrik... dah banyak kali kena. tapi kadang2 tu malas nak makan -.- perut kata nak, mulut kata xnak.. waaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh bahaya tu. perut gastrik ada risiko kena penyakit yg lagi teruk. nauzubillah. cer g check pakar

      Padam
  2. Betul tu ummi...Perut ni kalau buat hal memang tak diam duduk..so kena pandai-pandai jaga dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kasi detoks segala jenis bahan dalam tu setiap hari ;)

      Padam