Benci nya tengok muka penuh dengan parut jerawaat. Ada cara tak ye nak hilangkan parut jerawat kat muka ni? Ye semestinya ada ye, kawan-kawan. Ada 12 tips untuk hilangkan parut jerawat di wajah anda semua tu. Yang penting, kawan-kawan semua berani mencuba!
1. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Tomato:
Menjadikan tomato sebagai ubat untuk hilangkan parut jerawat tidaklah terlalu sukar. Hiris tomato dan tampal pada parut jerawat. Cara mudah ini cukup berkesan untuk menghilangkan parut jerawat anda.
2. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Minyak Zaitun:
Penggunaan minyak zaitun sebagai ubat semulajadi memang bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Urut dengan lembut wajah anda dengan minyak zaitun terutama pada bahagian yang terdapat bekas jerawat. Pakai secara teratur supaya bekesan kerana selain daripada boleh menghilangkan parut jerawat juga boleh mengecutkan bekas jerawat.
3. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Jus Mentimun :
Jus mentimun merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit. Mentimun dapat mengurangi peradangan, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan jerawat.
4. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Putih Telur:
Putih telur cukup efektif untuk mengatasi masalah jerawat. Sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan semalaman agar jerawat anda reda. Untuk menghilangkan parut jerawat, anda boleh mencampurkan putih telur dengan madu. Gaul sebati dan sapukan ke bahagian parut jerawat anda.
5. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kunyit:
Salah satu khasiatnya adalah mengurangi luka parut jerawat.
6. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Lidah Buaya:
Lidah buaya terlalu banyak khasiatnya, , termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke bahagian parut jerawat secara teratur.
7. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Pati Lemon:
Sapukan pati lemon pada kesan parut berjerawat dan biarkan 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih. Lemon memiliki kandungan yang boleh mencerahkan warna kulit dan membuang sel kulit mati serta membuat kulit lebih elastik.
8. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Madu:
Madu adalah pelembab semulajadi. Masker madu membuatkan kulit wajah menjadi lebih cerah dan bersinar. Sediakan madu secukupnya, kemudian sapukan ke bahagian parut jerawat. Biarkan selama 15 minit sambil diurut dengan lembut. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Pastikan anda menggunakan madu asli, bukan yang tiruan.
9. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan menggunakan Sengkuang:
Kandungan air pada sengkuang mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Jika digunakan secara rutin, parut jerawat akan hilang sedikit demi sedikit.
10. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Limau Nipis:
Limau nipis mengandungi vitamin C (citric acid) yang mampu membersihkan sel kulit mati pada wajah dan membersihkan wajah daripada minyak berlebihan. Untuk hilangkan parut jerawat, ambil limau nipis dan rendam bersama beberapa kelopak bunga ros ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air. Ramas. Setelah itu, perahkan sebiji limau nipis ke dalam air tersebut. Gaul rata, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilaslah dengan air sejuk.
11. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Hampas Teh:
Hampas teh juga mampu menghilangkan parut jerawat. Tempelkan hampas tersebut ke bahagian parut jerawat.
12. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Bawang Merah:
Manfat bawang merah cukup banyak, antaranya menghilangkan parut jerawat. Ambil bawang merah secukupnya, kisar sehingga lumat dan sapukan ke kawasan bahagian parut jerawat anda.
Bila ada parut jerawat ni, Umi lebih suka gunakan masker ESP + Vita-E untuk hilangkan parut jerawat tu. Kalau kawan-kawan takda ESP, gunakan Vita-E sahaja untuk buat masker pun boleh.
Best sangat ke buat masker guna ESP & Vita-E ni? Mesti lah best. Kulit rasa anjal, tegang ja. Macam iklan pencuci tu, toing toing gitu kulit muka. Heheh
Yang penting, kulit muka kita tu kita akan bantu dia repair & renew sel kulit. Jadi senang la parut jerawat kita tu akan hilang.
Bagaimana Vitamin E membantu menghilangkan parut?
Jerawat menjadikan kulit anda hilangan kelembapan dan menjadikan kulit kering. Vitamin E menjadikan kulit lembab dan meningkatkan pengaliran darah dalam salur darah di kulit, memberikan oksigen dan sekaligus menjadikan kulit lembab. Bila vitamin E disapu pada kulit pula, ia meningkatkan penghasilan dan pembentukan sel kulit baru. Sebab tu lah kalau sapu vitamin e, kulit akan lebih licin dan lama-kelamaan ia menghilangkan parut lama, kuncinya ialah – dengan pembentukan sel kulit yang baru.
Malah, Vitamin E pon merupakan antioksidan yang sangat elok untuk melawan sel radikal bebas. Sel radikal bebas ni sangat berbahaya untuk sel dan menjadikan parut luka semakin teruk. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan sunburn dan melindungi kulit dari sinaran ultra violet dari matahari. Vitamin E merangsang immunity sel kulit di luar, melindungi diri dari patogen luar. Sebab tu la vitamin E yang berkualiti agak mahal sikit berbanding vitamin C.
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda.
Berminat? Hubungi saya di
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan