[TIPS] Wanita 30-an! Anda paling cantik.


Tatkala kita beranggapan kebanyakan wanita berusia 30-an mengalami masalah PIGMENTASI DAN JERAGAT, STRETCH MARK SELEPAS BERSALIN, KULIT KENDUR, PAYUDARA KENDUR dan sebagainya, ada kajian menyatakan wanita usia 30-an ni lah yang paling cantik. Betul ke? Anda rasa bagaimana?

Pada pendapat saya di waktu umur sebegini, wanita tu dah mencapai tahap kematangannya sendiri. Baik dari segi pemikiran, tingkah laku, membuat keputusan dan sebagainya. Walaubagaimanapun jangan dilupa, di paras umur 35 tahun, kadar kolagen dalam badan dah berkurang sebanyak 65%.

Berikut tips bagi mengekalkan kesihatan dan ketrampilan diri wanita yang berusia 30-an

1. Kawal pemakanan:
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan

2. Guna pelembap yang sesuai:
Apabila umur menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Harus diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari:
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang panjang.
Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yg membawa kepada kekeringan

4. Sentiasa bersenam:
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurannya 3 kali seminggu

5. Minum banyak air:
Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan

6. Amalkan makanan tambahan:
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

7. Elakkan bermekap tebal:
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan daripada
menggunakan bedak asas yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang

8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang:
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

9. Jangan tinggalkan solat yang wajib, cuba sekerap mungkin amalkan
solat-solat sunat dan sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik. Perlu diingat, berwuduklah dgn sempurna dan solatlah dengan sempurna. Wuduk dan solat yang sempurna mampu menjadi dinding menjaga kesihatan luaran dan dalaman kita, inshaAllah.


Kawan-kawan mesti tahu yang kolagen yang penting untuk awet muda dalam badan mula hilang sejak umur 20-an dan pada umur 35, sebanyak 65% kolagen dah hilang. Kebanyakan orang Jepun, China dan bangsa lain dapat sumber collagen yang tinggi daripada urat dan kaki haiwan seperti khinzir yang sudah sah terbukti haram disisi agama Islam kita. Jadi untuk penyelesaianya, kita yang beragama Islam boleh mengambil produk Halal seperti Collagen Powder Shaklee yang diperbuat daripada sisik ikan iaitu Red Snapper Scale.



Kajian klinikal dah dilakukan pada produk Collagen Powder iaitu A Study on the usefullness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from edible Marine Fish Scales on Human Skin and HAir. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007


Harga asal 1kotak 15sachet RM 298.00
Nak harga super jimat runtuh promo?
Hubungi Umi la ye
milkysmile

========================================
BAGAIMANA NAK ORDER COLLAGEN POWDER?
========================================

Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk buat pesanan.

Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Bagi yg tidak memliki debit kad tersebut, boleh hubungi saya di 
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. Amalan yang baik ni ummi. harus dimulakan lebih awal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah, perkara yg baik untuk semua :)

      Padam