Tips Cegah Hidrasi Ketika Berpuasa


Apa yang akan terjadi sekiranya kita tak siram pokok bunga di halaman rumah selama seminggu? Dah sah pokok bunga tu akan jadi layu, kan? Itulah juga yang akan jadi kepada tubuh badan kita, jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya. Jadi sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

1. Minum lebih banyak air kosong ketika berbuka dan sahur
Mungkin rasa sukar untuk merealisasikan tips ini memandangkan kita tidak minum pada siang hari dan fokus mengambil makanan ketika sahur dan waktu berbuka sahaja. Namun cubalah mendisipilinkan diri untuk minum lebih air ketika sahur , berbuka dan waktu malam. Menurut kajian Institute of Medicine (IOM) dari jabatan National Academy of Sciences, lelaki memerlukan lebih kurang 3.7 liter air sehari manakala wanita pula 2.7 liter dan jumlah tersebut termasuk air yang diperoleh daripada sumber makanan lain seperti buah-buahan dan sayur -sayuran.

2. Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat
Kafein mempunyai keupayaan untuk menghapuskan cecair dari badan. Selain itu minuman seperti kopi, teh hitam dan koko adalah sangat tinggi kandungan purines, toksin yang perlu dicairkan menggunakan kuantiti air yang banyak untuk dibuang dari badan.

3. Letak sikit “perasa” dalam air kosong
Jika anda rasa anda tidak mampu minum air kosong dengan banyak kerana rasanya yang kurang enak cuba bereksperimen dengan meletakkan hirisan lemon , timun , selasih atau daun pudina dalam air kosong anda. Lebih menyegarkan bukan?

4. Minum susu
Kajian dari Kanada telah membuktikan bahawa susu adalah baik dalam menggantikan cecair yang hilang daripada akibat berpeluh dan bersukan. Malah susu didapati mempunyai fungsi hidrasi yang lebih baik berbanding air dan minuman isotonik kerana ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, karbohidrat, kalsium dan elektrolit.

5. Ambil banyak buah-buahan
Kami faham tentu kembung perut anda kalau mahu minum air yang banyak ketika sahur dan berbuka. Tak mengapa, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi kandungan air yang tinggi. Antara buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan air yang tinggi adalah tembikai, salad, brokoli, saderi,betik, mangga dan banyak lagi.

6. Lipbalm, losyen dan pelembap
Dehidrasi juga akan menyebabkan kulit anda menjadi kering. Ambil langkah pencegahan dari luar juga dengan lebih rajin untuk menyapu bahan pelembapan pada kulit.

Cara Umi yang lebih sedap, rasa oren yang menyegarkan selain tu beri tenaga adalah dengan menggunakan Performance Drink. Apa tu Performance Drink?


Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Dulu saya suka minuman 100plus dan sebagainya tapi yang tak tahan gas karbonat tu la. Kuat sangat. Tak tahan setiap kali minum tu tapi terpaksa jugak minum sebab takda pilihan.

Lepas tu perbezaan Performance Drink dengan minuman lain adalah Performance Drink TIDAK mengandungi BVO (Brominated Vegetable Oil). Bahan kimia sintetik yang dikenali sebagai minyak sayuran brominated (BVO) - mula-mula dipatenkan oleh syarikat-syarikat kimia sebagai perencat api - dikenal pasti sebagai ancaman kepada kesihatan tubuh badan tetapi syarikat-syarikat pembuat minuman berkarbonat masih belum lagi untuk membuang BVO sebagai ramuan minuman. BVO menjadikan warna minuman sedikit 'keruh' dengan mengekalkan campuran 'perisa buah-buahan' ke dalam minuman tersebut. Tanpa kehadiran BVO, perisa akan terapung ke permukaan dan terasing.

Performance Drink mengandungi campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat Shaklee dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.



Performance Drink 539gram RM 82.50 yang memberikan penjimatan di mana 1tin Performance Drink boleh menghasilkan 5 gelen air minuman!

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

sumber gambar utama : underwateraudio.com

4 ulasan:

  1. Thanks ummi..Tip no 3 ni boleh praktis, coz kita susah sangat nak minum air yang tak ada rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, sebab tu saya suka campurkan Performance Drink dalam air masak. Rasa oren yang tak masam-masam manis :)

      Padam
  2. terima kasih umi atas perkongsian...no. 2 tu macam susah je...hehehe

    BalasPadam
  3. thnks shared info bguna

    BalasPadam