Sembelit dan kanak-kanak : Bagaimana nak atasi?


Sembelit antara masalah paling tidak selesa untuk kanak-kanak. Bagi anak-anak yang sudah melepasi usia setahun, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu anak-anak yang bermasalah sembelit.

Perkumuhan Usus
Perkumuhan usus adalah proses pembuangan najis (penyahtinjaan). Secara amnya, seorang kanak-kanak menjalani proses penyahtinjaan sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kanak-kanak sehingga tiga kali sehari. Ini adalah normal.
Bagaimanapun, saiz dan kekerapan pembuangan najis berbeza-beza di kalangan kanak-kanak, bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya; jenis makanan dan minuman yang diambil, cepat atau lambat sistem penghadaman kanak-kanak tersebut bekerja. FIY, perjalanan makanan dari mulut ke usus boleh mengambil masa beberapa jam ke beberapa hari.

Sembelit
Najis berkumpul di bahagian rektum, bahagian paling bawah di dalam bahagian usus besar. Deria saraf akan menghantar signal kepada otak apabila rektum sudah mula ‘penuh’ dan seterusnya perkumuhan usus diperlukan.
Jika anak anda struggle atau merasa sakit ketika melalui proses ini, ini bermakna mereka mengalami masalah sembelit. Jika sembelit, pembuangan najis memang menjadi sukar dan kering.

Punca sembelit: Kurang makanan serat (fibre) dan air dalam diet harian.
Serat tidak menyerap di usus dan ini menambah berat dalam bahagian najis. Dengan adanya serat, pergerakan usus menjadi lebih mudah dan perkumuhan usus menjadi lancar. Jika air kurang, najis menjadi lebih sukar dinyahkan.

Kesan sembelit
Jika anak anda ‘serik’ dengan kesakitan ketika membuang air besar, dia mungkin akan menahan dirinya daripada membuang najis (trauma). Proses membuang najis yang sukar juga mungkin boleh menyebabkan luka di sekitar dubur kanak-kanak. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan yang berterusan dan jangkitan di kawasan luka boleh berlaku (jika dibiarkan).

Apa yang boleh anda lakukan?

1. Galakkan anak-anak mengambil makanan berserat tinggi. Contoh: makanan bijirin seperti oat dan cereal, bubur, kentang, kacang, buah-buahan seperti pisang, strawberry, oren, pear dan kismis. Jangan lupa, beri mereka minum air kosong secukupnya.
2. Bagi kanak-kanak yang cerewet makan, pelbagaikan hidangan dan kreatifkan diri dengan mencampurkan makanan berserat tinggi di dalam makanan kesukaan mereka. Berikan mereka jus buah-buahan dan sayuran. Kanak-kanak biasanya gemar makanan dan minuman yang berwarna dan nampak menarik.
3. Latihan Tandas
Memastikan anak-anak mengambil sarapan adalah salah satu cara menggalakkan mereka ke tandas dengan kerap. Bagi anak-anak yang bersekolah, kejut mereka bangun pagi lebih awal untuk bersarapan dan menggunakan tandas sebelum ke sekolah.

Bila perlu ke doktor?
Jika perubahan diet dan rutin ke tandas tidak berkesan serta tiada perkembangan positif selepas seminggu atau lebih, segeralah mendapatkan rawatan doktor.
Doktor akan bertanya tentang tabiat pemakanan dan kelakuan anak anda, memeriksa kesihatan mereka secara menyeluruh dan mengenalpasti jika usus besar membengkak daripada biasa. Seterusnya, doktor mungkin mencadangkan ubat cecair untuk melancarkan pembuangan najis dan ini biasanya mengambil masa beberapa hari untuk berkesan. Jika ia kurang berkesan, penggunaan laksatif* mungkin dicadangkan.

*Banyak laksatif dijual tanpa preskripsi tetapi anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaiannya dengan anak anda.

Sembelit adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Cegahlah sembelit dari awal. Sembelit yang berterusan boleh menyebabkan otot dalam rektum terkoyak dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk menolak najis. Keperluan untuk membuang najis juga akan menyusut. Pembuangan cecair akan meleleh melalui salur najis dan kelihatan seperti cirit birit sedangkan ia sebenarnya adalah ‘limpahan’.

Sentiasa beritahu kanak-kanak yang bermasalah sembelit bahawa keadaan yang dialaminya adalah perkara biasa dan jelaskan juga kepada mereka tentang kepentingan pemakanan yang betul.Ingat, rujuk kepada ahli perubatan pakar untuk sokongan dan nasihat jika masalah sembelit berlarutan.











Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
 umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059 www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan