Siapa yang memerlukan multivitamin?

Multivitamin diibaratkan penyelesaian kepada individu yang malas untuk mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak. Ianya merupakan istilah yang merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin), dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?

1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika dikatakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Sedangkan tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan.

Salah satu faktor tubuh badan kita lesu adalah disebabkan kekurangan mikronutrient dalam diet.

2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan mikronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan mikronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak mencukupi selain daripada termusnah ketika dimasak serta kualiti makanan yang semakin rendah.

7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM 1 pun. Multivitamin Vitalea Shaklee 120biji hanya berharga RM 88.75 (harga pasaran) dengan sebiji cuma 74 sen

10 – Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari. Jenama yang pilihan beliau semestinya adalah Shaklee.

Ucapan Tun Dr. Mahathir disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997) boleh ditonton dalam video di bawah ini



sumber : sususejat.com

Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee di daerah Sik/daerah Baling/seluruh negeri Kedah/seluruh Malaysia
 Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
  www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: