Jadi cuba anda terutamanya yang golongan wanita tu semak diri sendiri. Cukup ke pengambilan zat besi dalam diet anda seharian ni?
Orang perempuan ni sering mengalami kekurangan zat besi kerana mereka datang haid setiap bulan, mengandung dan menyusukan bayi. Complicated kan hidup seorang wanita? Jadi sebab tu la seorang wanita dewasa memerlukan 15mg zat besi setiap hari berbanding kaum lelaki.
Di Malaysia 30 hingga 40% wanita yang hamil dan 25% wanita luar bandar mengidap anemia kekurangan zat besi! Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami menjadikan wanita lebih mudah terdedah kepada ancaman kesihatan. Ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah wanita yang mengalami anemia kekurangan zat besi, osteoporosis, berlebihan berat badan dan obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser.
Wanita memerlukan zat besi yang lebih berbanding lelaki.
Kekurangan zat besi dalam diet boleh menyebabkan anemia, di mana diterukkan lagi dengan kehilangan darah akibat kedatangan haid setiap bulan. Anemia kekurangan zat besi yang biasa dialami oleh wanita boleh lebih teruk dengan keperluan zat besi yang meningkat semasa kehamilan. Wanita hamil yang mengalami anemia adalah berisiko untuk melahirkan anak yang mempunyai berat lahir yang rendah dan mengalami komplikasi semasa melahirkan anak.
Wanita tua lebih mudah untuk mempunyai berat badan yang berlebihan atau menjadi obes dan seiring dengan perubahan hormon akibat putus haid, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser juga meningkat (sebagai contoh kanser payudara dan uterus).
Keperluan nutrien wanita semakin meningkat semasa mengandung dan menyusukan bayi
– Keperluan tenaga wanita meningkat semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan serta semasa
menyusukan bayi.
– Keperluan asid folik yang meningkat semasa kehamilan adalah disebabkan oleh pertumbuhan janin dan
plasenta.
– Peningkatan isipadu darah semasa kehamilan menyebabkan peningkatan keperluan zat besi.
– Keperluan kalsium yang meningkat semasa kehamilan adalah untuk menampung perkembangan tulang
janin.
Wanita harus mencapai status pemakanan yang optimum sebagai persediaan ke arah kehamilan yang sihat.. Ini adalah penting kerana keperluan pemakanan wanita meningkat semasa kehamilan, terutamanya asid
folik, zat besi dan kalsium.
Keperluan nutrien pemakanan semasa hamil juga meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Peningkatan yang mendadak dapat dilihat untuk tenaga, protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, folat,
vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalsium, iodin dan zink. Walaubagaimanapun, peningkatan keperluan untuk zat besi terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi melalui diet yang biasa sahaja.
Adakah suplemen diperlukan semasa hamil?
• Suplemen zat besi harian adalah disarankan untuk wanita hamil kerana keperluan zat besi tidak dapat
dipenuhi melalui diet biasa sahaja.
• Suplemen multivitamin-mineral harian mungkin diperlukan bagi wanita hamil yang tidak makan dengan
mencukupi atau kumpulan berisiko seperti remaja, wanita 40 tahun ke atas dan juga bagi mereka yang
kehamilan kembar.
• Wanita hamil atau yang merancang untuk hamil dalam masa terdekat haruslah mengelakkan daripada
pengambilan vitamin A yang berlebihan kerana ianya akan meningkatkan risiko kecacatan janin.
Supplemen zat besi ketika hamil? Semestinya lah Vitalea daripada Shaklee. Selain mengandungi zat besi, Vitalea juga membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita terdiri daripada sel. Vitamin dan mineral adalah makanan kepada sel badan kita tu. Untuk kita nak bagi sel sihat. kita kena la bagi sel badan tu makanan iaitu vitamin dan mineral yang lengkap. Bila sel sihat, baru la sel dapat jalankan tugasnya dengan baik. Vitalea ni lengkap dengan semua 23 vitamin dan mineral yang tubuh kita perlukan.
sumber gambar utama: http://www.womansday.com/
Berminat? Untuk Info dan Order :
Umi Nazrah
Pengedar Shaklee di daerah Sik/daerah Baling/seluruh negeri Kedah/seluruh Malaysia
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
shaklee terbaik!!
BalasPadampengambilan vitamin memang penting agar badan lebih bertenaga :)
BalasPadamilmu baru untuk aiza..
BalasPadamketidakcerdasan berfikir / selalu mengantuk ...simptom bg pertambahan umur , bagus amalkan makan vitamin spt yg disarankan..
BalasPadamAssalammualaikum..
BalasPadamproduk shaklee nie bagus, sebab isteri selalu beli vit c dan pil susu kambing... produk shaklee..
mselim3
dah guna Herb Lax tu bagus utk pelawasan
BalasPadammemang zat besi shaklee sangat best,
BalasPadamSUSU BEBAS GST ?