Baru ku tahu Alfalfa tu merbahaya!

Alfalfa yang telah digunakan sejak berabad lamanya oleh perubatan negara China, India, Greek malah Islam di zaman dahulu kala adalah merbahaya?

Alfalfa masih digunakan oleh tabib herba untuk merawat penyakit ginjal, pundi kencing, dan kalenjar prostate bagi melancarkan pengeluaran air kencing. Ia juga digunakan untuk rawatan kolesterol yang tinggi, asthma, osteoarthritis, rheumatoid arthritis, diabetes, kekembungan perut dan masalah pendarahan seperti thrombocytopenic purpura.

FDA, satu badan berkuasa di Amerika Syarikat yang menjaga keselamatan ubat dan makanan mengatakan “menggunakan daun alfalfa BERKEMUNGKINAN SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa, tetapi menggunakan biji benih alfalfa/alfalfa sprouts secara berpanjangan BERKEMUNGKINAN TIDAK SELAMAT kerana biji benih alfalfa/alfalfa sprouts boleh memberikan tindak balas autoimmune dan menyebabkan penyakit.

Jadi persoalannya, adakah Alfalfa merbahaya?

Ya Alfalfa merbahaya jika diambil oleh individu yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE), multiple sclerosis; pesakit kanser payudara, kanser rahim (uterine cancer), kanser ovari, endometriosis, atau fibroids; Pesakit yang menjalani pemindahan organ seperti ginjal dan hati; pesakit yang mengambil ubat Warfarin (Coumadin).

Merbahaya juga jika menggunakan biji benih dan sprotus Alfalfa. Ini kerana biji benih dan sprouts Alfalfa adalah sumber asid amino canavanine. Canavanine bersaing dengan arginine, menyebabkan sintesis protein tidak berfungsi. .

Daripada kajian yang dilakukan terhadap manusia iaitu melalui eksperimen memakan biji benih Alfalfa, individu tersebut didapati mempunyai simptom SLE iaitu autoimmune hemolytic anemia. Kajian eksperimen berikutnya, apabila individu memakan Alfalfa sprouts, L-canavanine (asid amino Alfalfa yang penting) hadir. Hasil kajian menyimpulkan bahawa potensi toksin dan peranan pengawal atur imun L-canavanine di dalam induksi penyakit yang seakan sistemik lupus. Oleh itu, pesakit SLE tidak boleh menggunakan Alfalfa (1)

Daun Alfalfa mengandungi spektrum penuh nutrien termasuk sejumlah besar protein, mineral teras dan vitamin, serat dan klorofil, yang berfungsi sebagai antioksidan dalam aliran darah. Alfalfa sprouts adalah ruji salad dan mengandungi juga nutrien tetapi daun Alfalfa memegang fungsi potensi penyembuhan yang terbaik dan mengandungi phytoestrogens yang boleh memberi manfaat kepada wanita menopaus dan wanita yang menyusukan.

Bahan kimia dalam Alfalfa yang dipanggil saponin boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah (dengan menghalang penyerapan di usus) tanpa menjejaskan kolesterol HDL yang berguna untuk jantung. Alfalfa boleh membantu menangani kesan sampingan kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel-sel darah putih yang penting untuk melawan jangkitan. (2)



Berbahaya juga jika mengambil Alfalfa dengan tangan atau peralatan yang tidak bersih. Alfalfa sprouts dikaitkan dengan salmonella ataupun popular dengan gelaran E. coli, dengan 4 rekod tertinggi pada tahun 1997. Salmonella dan E. coli adalah jenis penyakit dengan jenis keracunan makanan yang menyebabkan sakit perut, loya dan muntah-muntah. Alfalfa sprouts adalah pucuk tumbuhan alfalfa yang dituai sebelum ianya matang. (3)

Isu Alfalfa adalah merbahaya ni di-viral-kan oleh sebab sekarang ni promosi beli 6 botol percuma 1 botol Alfalfa Complex Shaklee. Apapun pilihan saya adalah Alfalfa Complex Shaklee. Tablet Alfalfa Complex dibuat daripada serbuk alfalfa berkualiti tinggi yang diekstrak daripada bahagian daun tumbuhan Alfalfa yang matang. Ianya ditanam di California di bawah jagaan dan kawalan yang ketat. Produk yang diiktiraf halal.

Perhatikan logo Halal daripada Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh Jakim. Logo tersebut juga adalah logo Halal yang digunakan oleh Shaklee.











sumber gambar : http://unvegan.com/, www.helyawati.com

rujukan
(1) Rheum Dis Clin North Am. 1991 May;17(2):323-32. Dietary amino acid-induced systemic lupus erythematosus. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1862241
(2)  http://www.anniesremedy.com/herb_detail218.php Bell, Stacey; Balch, CNC, Phyllis A. (2012-04-03). "Prescription for Herbal Healing, 2nd Edition: An Easy-to-Use A-to-Z Reference to Hundreds of Common Disorders and Their Herbal Remedies" (p. 17). Penguin Group. Kindle Edition.
(3) http://healthyeating.sfgate.com/health-benefits-alfalfa-sprouts-4406.html




Berminat? Untuk Info dan Order :
  Umi Nazrah
Shaklee Independent Distributor [ID: 869539]
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

4 ulasan:

  1. ohh... btambah ilmu lagi.. nasib baik alfafa shaklee tu selamat tuk pengguna produk ni...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. itulah perbezaan shaklee :)

      Padam
  2. info yg berguna bg pengguna shaklee seperti CF :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah info ni memberi anda manfaat :)

      Padam