Alfalfa Complex Shaklee Boleh Diambil Ketika Hamil Atau Tak |
Semasa mengandung, pengambilan alfalfa secara konsisten boleh menganggu hormon dan ini boleh mudaratkan. Elok jangan ambil alfalfa semasa mengandung.
Namun, Alfalfa Complex membantu di dalam pengeluaran susu badan kerana Alfalfa Complex meningkatkan pengeluaran susu badan. Daun Alfalfa yang diberikan kepada kambing di dalam satu eksprimen memberikan hasil pengeluaran susu 50%
Ada ibu yang mengambil Alfalfa sejurus selepas bersalin untuk membantu masalah kehilangan darah dan pembuangan air besar. Setelah pengambilan sejurus selepas bersalin, ibu tersebut dinasihatkan agar berhenti seketika mengambil Alfalfa sehingga hari ke-4 atau ke-5.
Alfalfa Complex Shaklee Boleh Diambil Ketika Hamil Atau Tak |
Alasan untuk menghentikan seketika pengambilan Alfalfa adalah kerana pembengkakan susu badan akan menjadi 2 kali ganda sehingga tubuh akan rasa tidak selesa. Jadi untuk keselesaan, hentikan seketika pengambilan sehingga pembengkakan reda.
Alasan yang kedua adalah, penyakit kuning untuk bayi baru lahir akan mengambil masa yang agak lama untuk dihilangkan jika pengambilan Alfalfa diteruskan.
Alasan yang ketiga untuk tidak mengambil Alfalfa sejurus selepas bersalin adalah kerana Alfalfa membekalkan 30% kalsium nilai keperluan harian. Penggunaan produk tenusu oleh ibu juga akan meningkatkan kadar penyakit kuning kepada bayi baru lahir yang minum susu badan kerana hormon di dalam produk tenusu yang diberikan kepada bayi akan melambatkan penyingkiran bilirubin (yang terlibat dengan penyakit kuning)
Pengguna Alfalfa memberikan reaksi bahawa tablet Alfalfa telah membantu mereka dalam masalah alergik, arthritis, jerawat, keletihan kronik, ulser, masalah penghadaman, lebam, sakit mulut dan jangkitan faraj.
Alfalfa Complex Shaklee Boleh Diambil Ketika Hamil Atau Tak |
Oleh kerana tablet Alfalfa adalah tinggi dengan kandungan Vitamin K, ianya sangat berbahaya jika diambil bersama-sama dengan Heparin (pencair darah).
Orang yang mengidap penyakit auto immune dan lain-lain penyakit system imun, pengambilan alfalfa boleh menyebabkan gejala penyakit bertambah buruk (flare). Maka bagi pengidap penyakit seperti SLE, Psoriasis dan munkin juga ekzema, awas bahawa Alfalfa boleh memudaratkan.
Keadaan yang terjejas dengan peningkatan hormone estrogen boleh melarat dengan pengambilan alfalfa , ini termasuk kanser payudara, cancer rahim, penyakit endometriosis dan fibroid rahim.
Bagi orang yang mengambil ubatan untuk halang sistem imun , seperti orang yang ada kidney transplant, tidak boleh ambil alfalfa sebab ia boleh tingkatkan sistem imun dan akan berlaku organ reject.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
bakal2 ibu perlu dapatkan nasihat dari doktor
BalasPadambanyak membaca dan banyak bertanya
Jadi kalau makan alfalfa dari awal kehamilan, bagaimana pulak umi nazra?
BalasPadamboleh asalkan dalam kuantiti yang kecil :)
Padam