Manfaat Alfalfa kepada kesihatan adalah
1. Pakar kesihatan menganggarkan terdapat 100 kali ganda enzim berbanding buah-buahan dan sayuran mentah. Enzim adalah sejenis protein istimewa yang berfungsi sebagai pemangkin kepada fungsi tubuh badan manusia. Enzim mengekstrak lebih vitamin, mineral, asid amino dan asid lemak perlu daripada makanan yang kita untuk memastikan tubuh badan kita mempunyai blok nutrisi membina yang berfungsi melancarkan setiap proses di dalam tubuh badan.
2. Menyebut protein, setiap orang akan membayangkan daging, ayam, ikan, telur dan juga produk tenusu. Apa yang kebanyakan orang kat luar sana tak tahu adalah Alfalfa sangat kaya dengan protein. Malah, Alfalfa mengandungi kira-kira 35% protein. Mengambil Alfalfa di dalam diet pemakanan seharian kita akan memberikan kita keperluan protein yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini sangat penting kerana daging haiwan mengandungi lemak, kolesterol dan kalori.
3. Kualiti dan kandungan serat protein di dalam kacang, soya, biji benih dan bijirin bertambah baik apabila ianya tumbuh. Protein berubah ketika melalui proses rendaman dan percambahan dan ini akan meningkatkan nilai nutrisinya. Serat bukan sahaja mengikat kepada lemak dan toksin di dalam badan kita dan mengeluarkan mereka dari tubuh badan, malahan serat juga memastikan mana-mana lemak di dalam tubuh yang rosak akan dikeluarkan secepat mungkin sebelum lemak tersebut diserap oleh dinding usus.
4. Oleh kerana Alfalfa adalah kaya dengan serat dan rendah lemak, Alfalfa juga boleh membantu untuk proses menurunkan berat badan. Memakan Alfalfa akan memberikan peluang kepada individu untuk menikmati nutrien tanpa kalori tambahan. Alfalfa juga akan membuatkan perut kita cepat kenyang dan menghindarkan perasaan lapar untuk tempoh yang lama. Sebab itu lah Alfalfa digalakkan untuk individu yang ingin menurunkan berat badan.
5. Kandungan vitamin meningkat secara dramatik. Terutamanya Vitamin A, B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Kandungan vitamin untuk biji benih, bijirin, soya atau kekacang meningkat 20 kali ganda daripada keadaan asal hanya selepas beberapa hari bercambah. Kajian menunjukkan ketika proses percambahan, Vitamin B di dalam Alfalfa meningkat 285%, Vitamin B2 515% dan Niacin 256%
6. Kandungan asid lemak perlu juga meningkat ketika proses percambahan. Kebanyakan daripada kita kurang mengambil asid lemak perlu ini yang berfungsi membakar lemak kerana asid lemak ini tidak sebegitu umum di dalam diet pemakanan kita. Memakan Alfalfa adalah salah satu cara untuk mendapatkan asid lemak perlu.
7. Ketika percambahan, mineral bersatu dengan protein di dalam biji benih, bijirin, soya atau kacang untuk membolehkan ianya menjadi bermanfaat kepada tubuh badan kita. Ini adalah benar kerana mineral alkali seperti kalsium, magnesium dan sebagainya membantu tubuh badan mengimbangi bahan kimia untuk penurunan berat badan dan kesihatan yang lebih baik. Kadar pencernaan Alfalfa berakar umbi daripada jumlah enzim yang tinggi yang dimilikinya. Memakan Alfalfa sangat bermanfaat kepada individu yang mempunyai masalah penghadaman atau kembung perut.
8. Alfalfa mengandungi oksigen dan pengambilan yang kerap akan memberikan nilai bermanfaat kepada tubuh badan. Makanan bio-genic ini adalah sumber asid lemak perlu yang baik (kebanyakan diet makanan Barat adalah kekurangan asid lemak ini) yang memainkan peranan di dalam sistem pertahanan badan.
9. Alfalfa akan mengalkalikan tubuh badan. Kebanyakan penyakit yang dialami sekarang termasuk kanser adalah berkaitan dengan keadaan tubuh badan yang berasid. Perkembangan sel kanser dimulakan dengan kekurangan oksigen. Sel kanser, virus dan bakteria tidak akan dapat hidup di dalam keadaan yang beralkali dan beroksigen tinggi. Alfalfa efektif untuk mengatasi gastrik, ulser, kanser perut, alergik dan asma.
10. Alfalfa adalah murah. Kebanyakan orang seringkali menggunakan kos makanan sihat sebagai alasan untuk tidak makan secara sihat. Tapi dengan harga Alfalfa yang murah, tiada lagi alasan untuk tidak menikmati makanan sihat.
Apatah lagi dengan promosi Alfalfa Complex sepanjang bulan ini! Alfalfa Complex datang dengan dua pilihan
330 biji (tahan sehingga 3-4 bulan) Harga Pasaran RM 53.75
700 biji (tahan sehingga 7 bulan) Harga Pasaran RM 97.50
HARGA PROMOSI BULAN NI SEMESTINYA LAGI MENJIMATKAN!
Berminat? Untuk info atau order, Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
promosi alfafa la plakk..
BalasPadam