Jantung dan kita ibarat lagu dan irama, ibarat siang dan malam, ibarat gula dan semut. Kalau kita takda jantung, tu maksudnya kita ni dah Almarhum la kan? Semua orang tahu jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Jadi dah nampak kan kepentingan kita untuk jaga kesihatan jantung kita ni. Macam mana nak jaga jantung agar kekal sihat? Tipsnya mudah sekali iaitu seeloknya kita mesti memulakan tabiat menjaga kesihatan yang baik sejak dari kanak-kanak lagi supaya amalan tu berterusan sampailah kita dewasa.
Antara tips penjagaan jantung yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan beberapa petua untuk kita menjaga kesihatan jantung iaitu antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik. Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.
CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *
CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *
Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *
Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.
¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.
Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb : http://www.facebook.com/nazrah
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
hm bhya btol la pnyakit jntung ni..kdg2 mmbunuh dlam snyap pn ada..tgok sihat je..last2 mnggal..Alhamdulillah perkongsian yg berguna =)
BalasPadamYa sama-samalah kita menjaga kesihatan :)
Padam