Jangan terkejut, ada yang tak tau apakah itu vitamin! Meh kita baca mengenai vitamin, diambil daripada e-book vitamin semulajadi oleh vitaminsemulajadi.com
Vitamin adalah bahan organik yang yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kuantiti tertentu untuk membantu aktiviti tubuh badan, misalnya vitamin C adalah untuk kesegahan sel.
Ia bermula apabila saintis dan penyelidik makanan membuat kajian ke atas makanan yang diketahui boleh mengubati penyakit-penyakit tertentu. Terdapat elemen di dalam makanan tersebut yang menjadikan ia berkesan ke atas sesuatu penyakit.
Perkataan vitamin bermula pada awal kurun ke-20, apabila seorang ahli biokimia, Casimir Funk memisahkan zat kristal daripada hasil pemprosesan beras dan mendapati zat itulah yang penting untuk kehidupan. Ia dipanggil 'amine' atau bahan organik, dan akhirnya dinamakan 'vitamine'. Akhirnya ejaan moden telah memberikannya nama 'vitamin' yang kita kenal hari ini.
Kebanyakan vitamin dibuat oleh tumbuhan, sedikit dibuat oleh bakteria dan jarang-jarang dibuat oleh haiwan. Oleh itu, tidak hairanlah kita digalakkan banyak makan sayur dan buah. (Vitamin yang dihasilkan oleh bakteria dan haiwan adalah dari tindakbalas ke atas hasil tumbuhan yang diambil oleh haiwan tersebut).
Jenis-Jenis Vitamin
Vitamin terbahagi kepada dua kategori:
1. Vitamin larut lemak Vitamin larut lemak terdiri dari vitamin-vitamin A,D,E dan K. Ia adalah vitamin berminyak. Vitamin jenis ini disimpan di dalam lemak badan dan tersimpan lama di dalam badan.
Vitamin jenis ini tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan toksin.
2. Vitamin larut air Terdiri dari vitamin-vitamin B dan vitamin C. Vitamin jenis ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu pengambilan vitamin jenis ini perlu dalam setiap hidangan.
Vitamin larut air yang diambil berlebihan akan dikeluarkan bersama-sama bahan kumuh yang lain.
Beza Vitamin Dengan Ubat
1. Ubat terdiri dari komponen yang dihasilkan dari bahan-bahan berunsur dadah (drug) bagi menangan beberapa gejala yang disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh.
2. Vitamin adalah elemen yang membina sel, tisu dan sistem dalam tubuh badan kita. Vitamin diperlukan untuk melancarkan proses dalaman tubuh, meneguhkan sel, imuniti dan sebagainya.
3. Ubat diambil semasa dilanda sakit, dan ubat tertentu hanya untuk penyakit tertentu.
4. Vitamin diperlukan setiap hari, terutama untuk vitamin larut air yang tidak dapat bertahan lama dalam badan. Diambil samada dalam bentuk makanan sebenar atau pil/cecair vitamin.
5. Pengambilan ubat yang berterusan, tersilap, dan berlebihan boleh memberi kesan buruk keoada kesihatan.
6. Pengambilan vitamin yang berterusan memberi ketahanan badan terhadap penyakit (kecuali jika diambil berlebihan atau pengambilan vitamin sintetik).
Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
019-4320059
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan