Berasaskan Sumber Semula Jadi
Kami mendapatkan sumber ramuan semulajadi yang terbaik dari seluruh dunia
Syarikat ini ditubuhkan oleh Dr. Shaklee berdasarkan falsafah kehidupan yang harmoni dengan alam ('Living in Harmony with Nature®'). Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semula jadi yang paling tulen dan berkesan daripada sumber alam.
Prinsip memperolehi ramuan daripada sumber alam membantu Shaklee menjadi syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika, dengan produk-produk yang bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.
Ketulenan Yang Telah Diuji
Kami menjamin ketulenan mutlak bagi setiap ramuan kami
Kami menjalankan 83,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan rumusan-rumusan kami. Kami juga telah menjalankan 349 ujian kualiti bagi Vita-Lea® semata-mata.
Kami menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan ketulenan ramuan-ramuan dalam produk kami. Ramuan semula jadi boleh tercemar dengan bahan-bahan yang berbahaya seperti herbisid, racun perosak, DDT dan logam-logam berat.
Di Shaklee, ramuan-ramuan botanikal yang baru akan menjalani ujian pihak ketiga secara terperinci untuk memastikan ketulenannya, termasuk ujian ketat bagi lebih 385 bahan-bahan pencemar yang berpotensi.
Keberkesanan Dan Prestasi Klinikal Yang Terbukti
Shaklee menjamin keberkesanan rumusan-rumusan yang dicipta
Apa yang anda baca pada label adalah apa yang akan anda perolehi iaitu terjamin setiap masa. Kesemua ramuan botanikal yang digunakan telah menjalani ujian yang meluas bagi keberkesanannya termasuk pengesahan spesis tumbuhan oleh pihak ketiga. Produk-produk kami mengandungi jumlah fitonutrien-fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat keishatan yang optimum secara konsisten. Lebih daripada 90 kalian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk kami. Setiap satu produk Shaklee mengandungi jumlah ramuan aktif yang tepat dan berkesan untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum pada setiap masa.
Pembuatan Terkini
Shaklee menetapkan piawaian berkualiti
Kami menggunakan kemudahan-kemudahan terkini yang berupaya menghasilkan produk-produk dengan kualiti yang terbaik. Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan dan penggunaan nutrien secara optimum di dalam badan.
Shaklee mematuhi Amalan-Amalan Baik Pembuatan (Good Manufacturing Practices), satu set piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding dengan apa yang digunakan dalam pembuatan makanan tambahan masa kini.
Kelebihan yang Ditonjolkan
Produk-produk Shaklee benar-benar terserlah dalam dunia ini
Shaklee telah membekalkan minuman rehidrasi kepada NASA yang telah disesuaikan untuk penggunaan para angkasawan sejak tahun 1993. Tambahan pula, berjuta-juta pengguna setia Shaklee, empat pemenang pingat emas dan hampir 100 orang atlet bertaraf dunia dan penjelajah-penjelajah telah memperolehi manfaat daripada produk kami. Will Steger, Sir Edmun Hillary dan Jaques Cousteau (antara yang lain) bergantung kepada produk-produk Shaklee untuk membantu mereka mencapai sasaran prestasi peribadi mereka.
Kepuasan Terjamin
Kami memberi jaminan mutlak tanpa syarat kepada setiap satu produk Shaklee
Kami sentiasa menyokong setiap produk kami. Kami percaya produk-produk kami adalah antara yang terbaik di dunia dan memberi jaminan 100%.
Kami berusaha sedaya upaya demi kepuasan anda sepenuhnya. Itulah sebabnya kami memberi jaminan 100% bagi produk kami. Sekiranya anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan produk-produk kami atas apa jua sebab, kami bersedia memberi pulangan bayaran balik.
Sumber rujukan:
1) Shaklee Product Guide
2) Shaklee Website - www.shaklee.com.my
Untuk pertanyaan, hubungi Umi Nazrah, facebook.com/nazrah umi.nazrah@gmail.com 019-4320059
0 comments:
Catat Ulasan