rhati-hati dalam situasi begini.
2. Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
3. Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
4. Merokok:Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.
5. Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.
6. Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
7. Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.
8. Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
0 comments:
Catat Ulasan