Majlis Berendoi (Akhirnya!)

Ketiga-tiga entri aku asyik pasal susu ibu atau pun susu badan sahaja kan. Mesti ada yang rasa meluat kat dalam hati (kalau takda pun, i anggap je ada) kalau asyik-asyik entri pasal susu ibu ja yang aku kasi. Jadi entri ni tukar topik lain lah cenggini. Almaklong entri kali ni adalah berdasarkan majlis berendoi si kembar Aisya. Dah berbulan-bulan lahir baru nak buat majlis berendoi, hehe. Hinggakan ada orang ingat depa dua orang ni baru lahir. Aiseymen...

Makcik A : Eh kembar. Dah berapa hari lahir ni?
Aku : Errrrr..dah 5 bulan, makcik. Baru hari ni nak buat majlis berendoi. Hehehe

Itulah dialog pembuka bicara masa hari berendoi si kembar Aisya. Orang lain semua buat majlis berendoi anak-anak dorang di awal hari, aku pulak buat majlis berendoi untuk anak-anak aku bila dah menginjak ke tengahari, hehe. Nasib badan la si kembar Aisya

0 comments:

Catat Ulasan