Testimoni Berat Badan Turun : Sebulan Berjaya Hilangkan 4 KG


Berat Umi pernah mencecah sehingga 68 kg dan sakit lutut susah sangat nak solat. Umi dah dikategorikan obesiti. Akhirnya Umi nekad untuk turunkan berat badan.

Baca Bahagian 1 DI SINI

Dengan mengambil kira nilai BMI (body mass index), BMR (Basal Metabolic Rate) dan DCR (Daily Calorie Requirement). Umi berjaya turunkan dalam 4 kg sebulan sepanjang Jun 2018 sehingga September 2018

Sebelum kita selami lebih lanjut mengenai terma-terma di atas, mari kita fahami dulu maksud terma tersebut
  • BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
  • BMR bermaksud jumlah minimum kalori yang kita guna sebagai keperluan asas untuk hidup. Iaitu di dalam keadaan rehat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Seperti jantung berdegup, bernafas, mengelipkan mata dan sebagainya (aktiviti di luar kawalan).
  • DCR bermaksud jumlah kalori yang kita perlukan dalam sehari mengikut tahap keaktifan aktiviti (gaya hidup) kita.
BMI Umi ketika berat 68kg ialah 26.9 dan ini membuktikan Umi sudah termasuk dalam kategori overweight.

Jadi Umi nekad nak turunkan berat melalui defisit pengambilan kalori. Dulu Umi makan tak ingat dunia dan suka sangat nasi sampaikan berat obesiti dan sakit lutut melampau. Doktor pun sarankan Umi turunkan berat badan sekurang-kurangnya sehingga 60kg iaitu BMI normal

Jom ikut cara Umi

Langkah 1
Kira nilai BMR

Jumlah BMR adalah berbeza bagi setiap individu lelaki dan perempuan mengikut faktor umur, berat dan ketinggian. Formula pengiraan BMR secara asasnya ialah:

>> BMR Lelaki = (10 x Berat, kg) + (6.25 x Tinggi, cm) – (5 x Umur) + 5

>> BMR Wanita = (10 x Berat, kg) + (6.25 x Tinggi, cm) – (5 x Umur) – 161

BMR Umi ialah 1342.75 kalori

Langkah 2
Kira nilai DCR

DCR bermaksud jumlah kalori yang kita perlukan dalam sehari mengikut tahap keaktifan aktiviti (gaya hidup) kita.

Cara mudah untuk menentukan DCR adalah mengikut bacaan BMR, iaitu:

>> Pasif = BMR x 1.2 (Kurang/tiada senaman lansung)

>> Aktif = BMR x 1.375 (Bersenam/bersukan 1 hingga 3 kali seminggu)

>> Sederhana Aktif = BMR x 1.55 (Bersenam / bersukan 3 hingga 5 kali seminggu)

>> Sangat Aktif = BMR x 1.725 (Bersenam/bersukan 6 hingga 7 kali seminggu)

>> Terlalu Aktif = BMR x 1.9 (Melakukan senaman atau latihan kecergasan fizikal yang berat dan kerap setiap hari)

Nilai DCR Umi ialah 1611.3 kalori

☛ You need 1611 Calories/day to maintain your weight.

☛ You need 1111 Calories/day to lose 0.5 kg per week.

☛ You need 611 Calories/day to lose 1 kg per week.

Mengikut kalkulator DCR, Umi kena ambil 1111 kalori sehari untuk membolehkan Umi turunkan 500 gram seminggu. Jadi Umi nekad untuk ambil 1200 kalori sehari.

Umi guna aplikasi MyfitnessPal selain tu Umi tengok juga senarai kalori makanan. Jadi apa yang Umi ambil setiap hari, Umi akan catat dan pastikan Umi tak melebihi 1200 kalori sehari.

Alhamdulillah akhirnya raya Aidiladha lepas, BMI Umi dah kembali ke paras normal 23.7
Dan harini berat 56kg BMI 22.2

Selain defisit kalori, hadiah Mi Band 2 daripada Coach Master Firdhaus banyak membantu. Umi lebih banyak bergerak/berjalan daripada sebelum ni sebab Umi nak tingkatkan metabolisme badan.

Umi juga amalkan Set Detox Shaklee.

Program Detox Shaklee ni dah lama tapi masa bulan Ramadhan Jun 2018 baru Umi serius. Program ni membantu Umi sebab ia menekankan secara khusus teknik kawalan makanan seimbang, saranan senaman berkualiti dan keperluan supplement yang berkesan membantu program ini bergerak lancar sepanjang masa. Ada pilihan 7 hari atau 30 hari program. Sangat fleksibel dan sesuai untuk semua yang nak detox!

Kenapa kita kena detox?

Saban hari kita terdedah pada pencemaran udara yang teruk, pemakanan yang tak diketahui tahap nutrisinya. Kita juga terdedah kepada bahan mentah yang disembur racun yang kita tak nampak. Paling teruk, kita tak pentingkan gaya hidup sihat pun. Organ dalaman kita pun bekerja dengan teruk untuk membuang toksin ni. Tapi kita tak bantu mereka pun!

Gejala stress dan gaya hidup tak sihat ni menyebabkan kualiti kesihatan dan kecergasan badan semakin menurun! Jerawat tumbuh berbatu-batu, sembelit, gastrik, keletihan sampi mengganggu keharmonian rumah tangga.

Sebab ni jugaklah Umi nak ajak anda yang lain untuk ber-DETOX!

Dah ramai yang menyertai kempen ini dan alhamdulillah semua merasai perbezaannya lepas ber-Detox!

Jom ambil tahu dan sertai team DETOX Umi sekarang!

Kepada para pembaca yang ingin dapatkan lebih maklumat mengenai promosi Shaklee, boleh hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan:

  1. Boleh suggest produk Shaklee yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Untuk wanita. Email ya: muhamadkhamsi@gmail.com

    BalasPadam